Rabu, 01 Januari 2014

Syiah mula berkembang di Facebook

Dakwah gerakan Syiah cuba mengaburi penggunaan laman sosial dengan menggunakan akaun ‘Syiah tetap Islam’.

Antara akaun Facebook Syiah yang menggunakan nama ‘Ahlul Bait Nabi SAW’

ALOR SETAR – Selepas pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh tokoh-tokoh agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik mengenai kegiatan fahaman Syiah di negara ini, gerakan itu didapati semakin giat mengembangkan fahaman berkenaan kepada golongan belia menerusi laman sosial.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ia mula menular di laman sosial dengan pelbagai nama akaun sejak Ogos 2011 dan Mei 2012. Bagaimanapun, penularan itu dilihat semakin aktif sejak kebelakangan ini.

Lebih mengejutkan, akaun tersebut turut menggunakan nama ‘ i’m proud to be Syiah in Malaysia’ sebagai tarikan kepada pengguna laman sosial.

Difahamkan, penggunaan laman sosial itu bertujuan untuk mendedahkan mengenai fahaman Syiah, kegiatan Syiah serta perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah.

Bagaimanapun, rata-rata pengguna Facebook yang beragama Islam mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen yang berbentuk kemarahan termasuk mencerca perbuatan dan kegiatan fahaman itu di akaun Facebook berkenaan kerana bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. - Sinar Harian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar