Rabu, 01 Januari 2014

MPIC Pantau Minyak Masak Sawit Kitar Semula


KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) yakin tiada tiada minyak masak sawit kitar semula dijual dalam bentuk bungkusan di negara ini.

MPIC dalam satu kenyataan media memberitahu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sentiasa melakukan pemeriksaan bagi memastikan minyak masak sawit yang dijual di pasaran berkualiti dan menepati piawaian.

“Sepanjang tahun 2012 dan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2013, sebanyak 237 sampel dan 184 sampel bungkusan minyak masak sawit dari seluruh negara telah dibuat semakan kualiti.

“Hasil analisis saintifik ke atas sampel-sampel tersebut mendapati tiada bukti yang menunjukkan minyak masak sawit dalam bungkusan yang dijual mengandungi minyak terpakai yang dikitar semula,” kata kenyataan itu hari ini.
MPIC bagaimanapun mengingatkan MPOB akan terus minyak masak sawit di pasaran supaya tidak berlaku penjualan minyak masak sawit kitar semula.

Menurut kenyataan itu, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mana-mana pihak yang menjual bungkusan minyak masak sawit terpakai.

“Dibawah Peraturan-peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM200,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun atau kedua-duanya,” kata kenyataan itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar