Rabu, 12 Maret 2014

Pasangan perempuan pula didapati tidak memakai pakaian dalam


LUNAS - Sepasang kekasih berusia 20 tahun ditangkap khalwat kerana berdua-duaan dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di tempat letak kereta di tol Lunas kira-kira jam 2.30 pagi.

Jurucakap Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, pasangan itu pada mulanya di tahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang membuat rondaan dan kemudiannya memaklumkan perlakuan tidak sopan pasangan itu kepada PADK.

“PADK menerima aduan dari JPJ kira-kira jam 2 pagi. Ketika pemeriksaan dibuat oleh JPJ terhadap pasangan itu, mereka dikatakan sedang melakukan perbuatan tidak sopan dalam kereta. Pasangan perempuan pula didapati tidak memakai pakaian dalam. Selain itu, tingkap kereta mereka juga ditutup dengan kain supaya orang luar tidak dapat melihat apa yang sedang mereka lakukan.
"Salah seorang dari mereka merupakan penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Kulim.

"Selain itu mereka juga mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram," katanya.

Menurutnya, pasangan kekasih itu kemudiannya di bawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan. Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 setiap seorang, atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pasangan itu kemudiannya dibebaskan setelah membayar wang jamin diri RM1,000 setiap seorang

PADK mengingatkan kepada semua penuntut IPTA yang masih menuntut di sekitar Kulim supaya tidak terlibat dalam sebarang perlakuan maksiat dan sekiranya mereka ditangkap, pihak pentadbiran IPTA boleh menghentikan mereka dari meneruskan pengajian sehingga kes selesai.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar