Kamis, 13 Februari 2014

Daun jadi alat komunikasi

Gulungan daun Heliconia atau Calathea ini menjadi alat komunikasi kelawar Spix.

KELAWAR kecil bersayap spesies Spix di Amerika Tengah dan Amerika Selatan menggunakan gulungan daun sebagai alat komunikasi dengan kumpulan yang lebih jauh.

Biasanya mereka ditemui dalam gulungan daun Heliconia atau Calathea dalam kumpulan kecil iaitu lima hingga enam ekor.

Difahamkan, daun itu hanya bergulung selama sehari dan apabila terbuka, haiwan tersebut perlu menggunakan panggilan sosial khas untuk berhubung dengan kumpulan lain bagi mencari rumah baru.

Menurut saintis yang diperik DailMail,  kelawar tetap mencari kumpulan mereka dan komunikasi seperti itu lebih mudah walaupun terdapat masalah kualiti bunyi.

Susulan daripada itu, penyelidik dan ahli biologi, Gloriana Chaverri dan Erin Gillam dari Universiti Costa Rica sedang mengkaji ciri-ciri daun yang dipilih oleh kelawar untuk berkomunikasi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar