Rabu, 12 Februari 2014

Annuar Perlu Letak Jawatan FAM


SHAH ALAM – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelaskan bahawa Tan Sri Annuar Musa perlu meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Program Pelan Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFPD) 2014-2020 sehingga tempoh pergantungan beliau berakhir, Oktober tahun depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata badan induk bola sepak negara itu dimaklumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) supaya tidak terbabit dengan program pembangunan bola sepak yang dianggotai individu yang sedang menjalani tempoh pergantungan.

“Kita tidak boleh turut serta dalam program itu sebab Annuar (Tan Sri Annuar Musa) sudah digantung dan turut berada di sana (ahli jawatankuasa). Jika beliau tarik diri, baru boleh FAM kembali berada dalam program itu.

“Tetapi selepas tempoh pergantungan itu habis, beliau (Annuar) boleh menyertai semula dan perkara ini kami sudah maklumkan kepada pihak menteri dan juga Majlis Sukan Negara (MSN),” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Taklimat Liga Malaysia (Liga-M) di sini, hari ini. – BH Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar