Tampilkan postingan dengan label remaja. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label remaja. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Bimbang lewat datang bulan rahsia remaja pecah

SABAK BERNAM – Kegelisahan seorang pelajar tingkatan dua yang lewat datang bulan akhirnya membongkar rahsia hubungan intimnya bersama teman lelaki yang berusia 15 tahun.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, perbuatan terkutuk mangsa itu terbongkar selepas teman lelakinya menghantar pesanan melalui aplikasi mudah alih WeChat kepada tunang bapa saudara perempuan terbabit.
Menurutnya, suspek mengenali rapat tunang bapa saudara mangsa telah memaklumkan kekasihnya itu bimbang apabila tidak didatangi haid dan meminta bantuan serta pandangan wanita terbabit.
"Bagaimanapun, bapa saudara pelajar perempuan itu terbaca perbualan yang dihantar suspek, kemudiannya memaklumkan kepada ibu mangsa mengenai hubungan mereka," katanya.
Noor Mushar berkata, difahamkan pasangan itu sudah melakukan hubungan seks sebanyak lima kali sejak mereka bercinta tiga tahun lalu.
Katanya, kali terakhir suspek dan teman wanitanya melakukan kegiatan tidak bermoral itu kira-kira jam 11.30 tengah hari pada 24 Oktober lalu semasa kedua-duanya berada di asrama sekolah.
"Suspek menghantar SMS kepada mangsa dan kemudiannya mereka berjumpa di sebuah kelas yang tidak digunakan.
“Mereka sempat berbual sebelum suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks di atas meja kelas itu dengan kerelaan mangsa,” katanya.
Katanya, sebaik saja suspek dan mangsa melepaskan nafsu masing-masing, mangsa yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu terus menuju ke surau sekolah berkenaan.
“Mangsa mengakui dia tidak pernah dipaksa atau dikasari suspek untuk melakukan hubungan seks sebanyak lima kali di tempat yang sama,” katanya.
Menurutnya, satu laporan dibuat ibu mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam berhubung aktiviti tidak bermoral anaknya itu pada Jumaat lalu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.
sumber:
Sabtu, 28 Desember 2013
Sadis! Gagal Diperkosa Remaja Dibunuh
detikNews 12 April 2013
Seoul - Seorang remaja lelaki di Incheon, Korea Selatan (Korsel) ditangkap polis setempat kerana membunuh seorang gadis remaja yang memiliki cacat mental. Pembunuhan ini dilakukan setelah remaja berusia 16 tahun ini gagal memperkosamangsa .
Menurut polis , seperti dilansir Asia One, Jumat (12/4/2013), korban masih berusia 12 tahun. Pelaku yang masih duduk di bangku sekolah menengah ini, menculik mangsa ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah pada Rabu (10/4) kelmarin.
Oleh pelaku, mangsa dibawa ke sebuah bangunan dan kemudian berusaha memperkosanya. Usahaa pemerkosaan gagal. Pelaku kemudian memujuk mangsa bermain di lapangan dekat lokasi kejadian dan berdalih mengajaknya bermain.
Namun rupanya, pelaku sudah mempersiapkan sebuah lubang di tanah dengan menggunakan sekop kecil yang dibawanya. Pelaku meminta mangsa untuk berbaring di dalam lubang tersebut dan kemudian mencekiknya hingga mati dengan menutup wajah korban dengan beg.
Kepada polis , remaja tersebut mengaku dia membunuh mangsa kerana mangsa berbicara tidak sopan kepadanya ketika bermain bersama.
"Pelaku menderita gangguan maniak (bipolar) dan gangguan emosi yang sering membuatnya berperilaku agresif," jelas seorang detektif yang menangani kes ini.
Menurut detektif tersebut, keduanya sempat satu kelas dalam pendidikan murid-murid penyandang cacat fisikal dan mental pada tahun-tahun sekolah rendah.
Penyiasatan pegawai keselamatan setempat bermula ketika orangtua mangsa melapor pada Rabu (10/4) malam. Aparat kemudian melakukan penyiasatan dengan menganalisa rakaman CCTV dekat sekolah mangsa

Jumat, 27 Desember 2013
Remaja hina Islam ditahan di Melaka

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang remaja lelaki di Bandar Hilir Melaka semalam, bagi membantu siasatan berkaitan kes menghina Islam dengan menulis kata-kata mencerca Allah SWT dalam statusnya di laman Facebook baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 17 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan pukul 3 petang semalam sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini untuk diambil keterangan.
Remaja itu kemudian dibebaskan tengah malam tadi, dengan ikat jamin polis, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Remaja itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 susulan satu laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap tindakan remaja berkenaan.
Zainuddin berkata, remaja tersebut sudah berhenti sekolah selepas peperiksaan PMR dua tahun lepas dan tagih dengan permainan komputer. - Bernama
Langganan:
Postingan (Atom)